Wednesday, 12 March 2014

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Pulau Pinang Kali Ke-57 Tahun 1435H/2014M

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Pulau Pinang Kali Ke-57 Tahun 1435H/2014M akan diadakan pada 21-22 Mac 2014 bertempat di Dewan Milenium, Kepala Batas, Seberang Perai Utara. Majlis yang akan dimulakan pada jam 8.15 malam selama dua hari  akan menampilkan 14 orang qari dan qariah  dari 6 daerah di Pulau Pinang termasuk johan menunggu qari dan qariah. Majlis perasmian pada 21 Mac 2014 (Jumaat) akan disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri 1 manakala Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah akan disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Yang diPertua Negeri Pulau Pinang. Semua muslimin muslimat dijemput hadir bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.

No comments:

Post a Comment